Monday, December 29, 2008

Antara Kempen Dan Kuasa Membeli Pengguna

Antara Kempen Dan Kuasa Membeli Pengguna
December 15, 2008 15:22 PM

Oleh Melati Mohd Ariff

PUTRAJAYA, 15 Dis (Bernama) -- Adakah terlalu awal untuk menilai Kempen Penurunan Harga atau terlalu pantas melabelkannya sebagai gagal?.

Ini isu yang diperkata mengenai kempen yang masuk bulan kedua dilancarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Kempen seluruh negara yang bermula penghujung Oktober lalu setakat ini berjaya menarik penyertaan serta komitmen beberapa pasar raya besar (hipermarket), pasar raya, pasar mini serta restoran.

"Apabila melihat penurunan harga bahan bakar tidak menghasilkan penurunan harga barang terutama barangan keperluan harian secepat yang diharapkan, KPDNHEP mengambil inisiatif mengadakan kempen penurunan harga barang ini.

"Penyertaan dalam kempen ini adalah secara sukarela dan setakat ini, pihak yang menyertai kempen ini memberikan kerjasama yang baik untuk menurunkan harga barangan yang menjadi kepentingan rakyat," menurut Datuk Mohamed Elias Abu Bakar, Pengarah Bahagian Pembangunan KPDNHEP dalam wawancara dengan Bernama di sini baru-baru ini.

Di samping kempen yang sedang berlangsung, kementerian ini juga, katanya akan meneruskan perbincangan dengan pelbagai kumpulan yang terbabit supaya ada penyelarasan antara penurunan harga minyak dengan penurunan harga barang.

"Pihak kementerian termasuk YB Menteri secara berterusan mengadakan rundingan dengan pemborong, peruncit, pengilang dan sekarang kami akan berjumpa dengan syarikat pengangkutan," kata Mohamed Elias.

ANTARA YANG MENGAMBIL BAHAGIAN

Bermula 24 Okt dengan Syarikat NZ Best Sdn Bhd yang secara sukarela menurunkan harga susu NURAL NUGROW yang diimport sepenuhnya dari New Zealand, beberapa hipermarket kemudiannya berjaya ditarik untuk menyertai kempen penurunan harga KPDNHEP. Dalam kalangan hipermarket, Pasar raya Giant ialah yang pertama menyahut seruan kempen kementerian ini.

Kempen Penurunan Harga yang dikenali sebagai "Price Slash Campaign" dijalankan di semua pasar raya Giant di seluruh negara selama enam bulan bermula 28 Okt hingga 30 April 2009. Ia membabitkan 1,200 jenis barang termasuk produk makanan dan bukan makanan.

Tesco menyertai kempen ini pada 31 Okt hingga 31 Jan 2009, meliputi 58 jenis produk termasuk produk makanan dan bukan makanan. Sebanyak 26 pasar raya besar Tesco dan Tesco Extra di seluruh Semenanjung Malaysia terbabit dalam program ini.

Kempen penurunan harga Pasar raya Besar Carrefour pula bermula pada 12 Nov hingga Mei 2009 dan meliputi 1,000 jenis barang.

Pasar raya Mydin mengorak langkah menyertai kempen ini pada 6 Nov dan tempoh kempen adalah untuk enam bulan. Jumlah produk yang terbabit dalam kempen ini ialah sebanyak 468 jenis dan pengguna boleh membuat semakan harga di laman web http://www.mydin.com.my

The Store turut menyertai kempen ini pada tarikh yang sama dan sepanjang kempen itu, 56 buah pasar rayanya di seluruh negara akan menawarkan penurunan harga untuk 311 jenis barang.

AEON (pasar raya Jusco) memulakan penyertaan kempen secara rasmi pada 11 Nov lepas, meliputi 960 jenis barang. Tempoh kempen ialah sebulan dan Pasar raya Jusco akan merancang kempen seterusnya bagi 2009. Pasar Mini Moden 99 Speed Mart yang turut beroperasi di pinggir bandar menyertai Kempen Penurunan Harga pada 20 Nov.

MANFAAT UNTUK PENDUDUK PINGGIR BANDAR

"Penyertaan 99 Speed Mart ini dengan lebih 100 cawangan akan memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah memandangkan lokasi cawangannya yang turut terletak di pinggir bandar.

"Sebelum ini kami ada dengar keluhan penduduk yang tidak mempunyai kemudahan hipermarket yang merungut kempen ini hanya menguntungkan penduduk bandar.

"Secara kebetulan pegawai kami yang membuat pemantauan harga menemui outlet ini dan selepas berbincang, pemiliknya bersetuju untuk menyertai kempen kami," jelasnya.

Terkini, pada 7 Dis lepas, pelancaran Kempen Penurunan Harga diadakan di Pasaraya Felda D'Mart di Felda Air Tawar 02, Kota Tinggi, Johor.

Penyertaan Pasaraya Felda D'Mart juga akan memberi manfaat kepada penduduk luar bandar terutama mereka yang tinggal di kawasan Felda. Kempen ini akan diadakan sehingga 28 Feb 2009 di semua 245 rangakaian D'Mart di seluruh negara.

Mohamed Elias berkata pihaknya mengarahkan pegawai-pegawai kementerian di peringkat negeri untuk mengenal pasti pasar raya atau pasar mini lain milik rakyat tempatan, walaupun ia hanya mempunyai satu atau beberapa cawangan untuk menyertai kempen itu.

Beliau berkata tiga buah pasar raya tempatan seumpama itu di Pulau Pinang dan Pahang telah memberi komitmen secara lisan sementara beberapa buah lagi dijangka berbuat demikian dalam masa terdekat.

Kempen yang dijalankan oleh KPDNHEP juga berjaya menarik komitmen Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas).

Setakat rencana ini ditulis, seramai 200 anggota kedua-dua persatuan bersetuju menurunkan harga makanan di restoran masing-masing, bermula di Lembah Klang dan dijangka diikuti cawangan masing-masing di seluruh negara, secara berperingkat.

"Penurunan harga ini dibuat secara sukarela dan pihak kami tidak mempunyai kuasa untuk memaksa mereka menurunkan harga. Kita boleh kawal, misalnya harga tepung tetapi apabila tepung itu diproses, sebagai contoh menjadi mi, kita tak boleh kawal harga.

"Begitu juga apabila mi itu dimasak. Masakan yang dikatakan istimewa yang membabitkan kepakaran manusia, kita juga tidak boleh kawal harga atau menetapkan harga. Anda mungkin dikenakan bayaran RM5 untuk sepinggan mi jika makan di satu restoran tetapi harga di hotel mungkin mencecah RM20 sepinggan.

"Begitu juga halnya dengan harga roti canai tetapi kami bincang juga dengan peniaga kerana roti canai adalah makanan rakyat. Kami minta mereka jangan naikkan harga dan mereka setuju," jelasnya.

PERLU FAHAM

Barang yang ditawarkan di bawah kempen kementerian ini merangkumi "barang kepentingan rakyat", buatan dalam dan luar negara serta juga yang berjenama.

"Barangan tersebut meliputi apa yang menjadi rungutan rakyat, sama ada barangan segar atau tidak. Sebab itulah fokus kempen kami ialah makanan segar seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan dan daging ayam serta yang dipek.

"Tetapi pengguna juga perlu faham bahawa untuk barangan segar, terdapat faktor lain seperti cuaca yang akan memberi kesan kepada harga dan bekalan di sebalik kempen penurunan harga," jelas Mohamed Elias.

Menurut beliau, secara menyeluruh, pihak yang menyertai kempen menawarkan harga rendah untuk tempoh tertentu tetapi harga untuk barang segar mungkin tidak dapat dikekalkan sepanjang tempoh kempen.

"Mungkin untuk tempoh dua minggu, harga sayur murah dan dua minggu lagi harga ikan pula lebih murah. Tetapi bila musim tengkujuh, harga ikan mungkin lebih tinggi. Oleh itu, pengguna perlu ambil maklum akan perubahan cuaca," katanya.

SELALU PANTAU

Mengulas tanggapan sesetengah pihak yang kempen penurunan harga hanya gimik semata-mata, Mohamed Elias berkata sepanjang kempen yang berlangsung tiga hingga enam bulan ini, pegawai-pegawai kementerian sentiasa membuat pemeriksaan harga disetiap premis yang menyertai kempen berkenaan.

Menurut beliau, Majlis Harga Barangan Negara turut melantik 1,760 pegawai pemantau harga secara kontrak yang membuat pemantauan di 96 pusat pungutan di seluruh negara.

Lokasi yang dipantau meliputi pasar basah, pasar kering, pasar raya dan kedai runcit di bandar utama dan daerah termasuk kawasan pedalaman.

Pemantauan merangkumi 350 jenis barang termasuk barang basah, barang kering dan barang siap masak yang terdiri daripada ikan, sayur-sayuran, buah-buahan, susu tepung, minyak masak sawit, beras makanan bayi dan tepung gandum.

Maklumat yang dikumpul akan disalur kepada agensi penguatkuasa untuk tindakan selanjutnya di samping digunakan pihak kementerian bagi mengkaji kedudukan serta menyediakan pelan penyaluran atau pengedaran barangan perlu.

Laporan itu juga, katanya, diberikan kepada Majlis Ekonomi Negara setiap minggu sebagai sumber rujukan bagi merangka strategi dan tindakan mengurangkan inflasi.

BUAT PERBANDINGAN

Dalam masa yang sama, maklumat yang dikumpul turut dimasukkan ke dalam laman web KPDNHEP untuk rujukan pengguna. (sila layari http://www.kpdnhep.gov.my).

Mohamed Elias berkata pengguna perlu mengambil sedikit masa untuk merancang pembelian, antaranya membuat senarai barang yang hendak dibeli dan perbandingan harga dengan menyemak harga yang ditawarkan oleh pasar raya yang menyertai kempen penurunan harga kementerian.

"Cuba cari pasar raya yang menawarkan harga paling murah. Jangan setakat pergi ke pasar raya dan tolak troli. Kalau pasar raya ada keluarkan brosur harga barangan, gunakan brosur itu dan semak harga terlebih dahulu.

"Perlu ada perubahan sikap dalam kalangan pengguna negara ini. Pihak kami membantu mereka dengan menyediakan maklumat harga barangan. Begitu juga di hipermarket yang menyertai kempen ini, ada disediakan harga perbandingan sebelum dan selepas menyertai kempen," kata Mohamed Elias.

KOMEN FOMCA

Mengulas kempen penurunan harga KPDNHEP, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) berpendapat, pengeluar dan pembekal barang mentah, perlu juga mengambil langkah yang sama.

Ketua Eksekutifnya, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata bagi membantu pihak berkenaan berbuat demikian, kerajaan perlu memberikan insentif seperti penurunan cukai import dan sebagainya.

"Apabila pengeluar menurunkan harga barang mereka, ia sekaligus akan menurunkan harga di semua peringkat pengedaran sehingga sampai kepada pengguna. Bagi sektor tertentu seperti sayur-sayuran, ikan dan seumpamanya, perlu dikurangkan peranan orang tengah.

"Kerajaan juga perlu menghapuskan kegiatan monopoli bagi pengeluaran, pengimportan dan pemborongan barang kerana mereka yang terlibat mengawal harga atau mewujudkan kartel sesama mereka. Bagi pengimportan barang makanan, permit AP perlu dihapuskan," katanya.

LAGI SARANAN FOMCA

Mohd Yusof menekankan satu lagi faktor yang mempengaruhi harga barang ialah bahan mentah import yang tidak boleh dikawal harganya.

"Misalnya pada awal tahun ini berlaku krisis makanan yang melibatkan bahan makanan utama seperti beras, jagung, gandum dan sebagainya. Oleh itu, sektor pengeluaran makanan tempatan perlu dipergiat agar kadar kecukupannya dapat menampung keperluan tempatan," katanya.

Kerajaan juga, katanya, perlu mewujudkan rangkaian runcitan melalui peranan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di seluruh negara seperti rangkaian yang pernah wujud sebelum ini iaitu Pernas Edar atau Bernas Mart.

Menurut beliau, harga barang di rangkaian runcitan perlu berada paras yang berpatutan dan harga di rangkaian runcitan akan menjadi penanda aras harga barang.

Pengguna, katanya, dapat membuat perbandingan harga di rangkaian runcitan dengan kedai lain dan jika harga di kedai lain itu tinggi, maka pengguna tidak memberi barang di kedai itu.

"Sebelum ini, kerajaan pernah mewujudkan anugerah kedai harga patut. Anugerah ini boleh dihidupkan semula dengan membuat kriteria tertentu bagi memastikan harga barang adalah berpatutan.

"Pemantauan perlu dibuat secara berkala agar kedai yang diberikan anugerah ini tidak menyeleweng. Peranan ini boleh dilaksanakan oleh kumpulan pemantau harga yang ada. Pengguna juga digalakkan agar membeli di kedai yang mempunyai pelekat Kedai Harga Patut," katanya.

GUNA KUASA

Seperti Mohamed Elias, Mohd Yusof turut menyarankan supaya pengguna mengambil perhatian terhadap makluman penurunan harga barang agar mereka dapat membuat perbandingan harga.

Beliau menekankan bahawa jika ada peruncit yang menjual melebihi harga yang ditetapkan, pengguna perlu menggunakan kuasa pengguna mereka, untuk tidak membeli di kedai itu.

Tindakan demikian, katanya, akan memberi tekanan kepada peruncit agar menurunkan harga barang mereka jika ingin pengguna membelinya.

Dengan erti kata lain, di sebalik langkah yang diambil kerajaan termasuk kempen penurunan harga, pengguna masih perlu bersikap bijak dengan menggunakan kuasa sebagai pembeli di samping berbelanja mengikut kemampuan mereka.

Tangguhlah pembelian sekiranya barang yang hendak dibeli terlalu tinggi harganya atau bertukar kepada barang yang lain. Elakkan membuat pembelian yang terburu-buru atau mengikut nafsu.

Masyarakat pengguna yang bijak sudah tentu akhirnya akan dapat 'menjinakkan' peniaga atau mana-mana pihak yang membuat kenaikan harga melampau.

-- BERNAMA

Harga minyak naik hampiri AS$40 setong

SINGAPURA 29 Dis. - Harga minyak global meningkat sebanyak enam peratus menghampiri AS$40 setong (RM138.80) akibat kebimbangan terhadap bekalan minyak mentah dari Asia Barat berikutan situasi tegang di Genting Gaza.

Peningkatan harga komoditi itu juga dipercayai disokong oleh kebimbangan dengan tindakan Pertubuhan Negara- Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang akan mengurangkan pengeluaran minyak.

Minyak light sweet bagi penghantaran Februari naik 90 sen (RM3.12) kepada AS$38.61 (RM133.97) setong.

Brent North Sea juga bertambah AS$1.10 (RM3.81) kepada AS$39.47 (RM136.96) setong.

Pengarah Urusan Komoditi Warrant, Peter McGuire tidak menolak situasi buruk yang berlaku di Genting Gaza menyebabkan kebimbangan dalam pasaran.

''Serangan yang berlaku di Genting Gaza meningkatkan risiko,'' katanya.

Sementara itu, penganalisis, Dave Ernsberger berkata, notis daripada Emiriah Arab Bersatu tentang pengurangan pengeluaran minyak oleh OPEC sebanyak tiga hingga 15 peratus menunjukkan bahawa kartel itu begitu serius untuk berbuat demikian.

Beliau berkata, kebanyakan pedagang kini masih bercuti dan kecairan pasaran masih rendah dan pergerakan harga boleh jadi lebih besar lagi.

Setakat ini, OPEC telah mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak tiga kali bagi mengurangkan kira-kira lima peratus bekalan minyak dunia untuk mengelakkan harga emas hitam itu terus jatuh.

Presiden OPEC, Chakib Khelil menjangkakan harga minyak kembali stabil dalam tempoh dua bulan lagi selepas persetujuan untuk mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak 2.2 juta tong sehari dilaksanakan.

Thursday, December 25, 2008

Harga Minyak Cecah Paras Terendah Baru

NEW YORK 25 Dis. - Harga minyak mentah dunia telah jatuh ke paras terendah baru sejak empat tahun dalam dagangan tidak menentu menjelang Krismas berikutan ekonomi dunia yang suram, kata para penganalisis.

Minyak berkualiti tinggi bagi penghantaran Februari jatuh AS$3.63 (RM12.63) untuk ditutup pada paras AS$35.35 (RM123. 01) setong di New York Mercantile Exchange, kejatuhan harga buat kali kesembilan berturut-turut.

Di London, harga minyak mentah Brent North Sea untuk penghantaran Februari jatuh AS$3.75 (RM13.05) ditutup pada paras AS$36.61 (RM127.40) setong, paras terendah sejak Julai 2004.

Penganalisis berkata, kejatuhan tersebut dipacu oleh kebimbangan kemelesetan global yang menjejaskan permintaan tenaga.

''Data ekonomi kekal lemah,'' John Kilduff dari MF Global. Laporan terbaru daripada Amerika Syarikat (AS) mengesahkan keadaan itu.

Dalam penurunanya yang pertama kali dalam tempoh empat bulan, pendapatan persendirian menguncup 0.2 peratus pada bulan November , sekali gus mengejutkan penganalisis yang menjangkakan tiada perubahan berlaku.

Perbelanjaan penggunaan menyusut 0.6 peratus sebulan sebelum Krismas, kejatuhan kali kelima berturut-turut, menurut Jabatan Perdagangan negara itu.

Jabatan Buruh berkata dalam laporan berbeza, pengangguran mingguan AS, meningkat sebanyak 30,000 beberapa minggu lalu kepada 586,000 menunjukkan kelemahan dalam status pekerjaan AS.

Jumlah tersebut adalah lebih tinggi daripada jangkaan sebanyak 558,000 oleh pakar ekonomi swasta kerana jumlah pengangguran merupakan penanda aras terbaik bagi hala tuju ekonomi.

Kilduff berkata, harga pasaran minyak terus jatuh dalam aktiviti ekonomi.

''Pasaran tenaga dilihat tidak memberi kesan terhadap usaha rangsangan dalam pasaran lain dan kemuraman harga tidak mencerminkan realiti harga keluaran.

''Jelas sekali kita belum mencecah paras terakhir,'' katanya.

Penurunan minyak mentah sehingga 3.1 juta tong dalam inventori AS kebiasaannya akan meningkatkan harga.

Minyak mentah New York bagi hantaran Januari jatuh ke paras AS$32.40 (RM112. 75) pada Jumaat lalu iaitu paras terendah sejak 9 Februari 2004 apabila pelabur berebut menjual pelaburan sebelum kontrak tamat tempoh.

Penganalisis berkata, data terbaru AS menunjukkan ekonomi terbesar dunia itu kekal dalam kemelut kemelesetan dan akan terus memberi tekanan kepada harga minyak mentah dunia dalam masa terdekat.

Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC), yang mengeluarkan 40 peratus jumlah keseluruhan minyak mentah dunia, telah bersetuju mengurangkan pengeluaran sebanyak 2.2 juta tong sehari untuk meningkatkan harga pasaran.

Tetapi harga terus jatuh, harga minyak mentah telah merudum sehingga 78 peratus sejak mencecah rekod tertinggi melebihi AS$147 (RM511.26) setong Julai lalu, berikutan krisis ekonomi telah mengurangkan permintaan tenaga.

- AFP

Bincang Isu Harga

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Satu simposium untuk mengenal pasti faktor yang menyebabkan kenaikan harga barang di pasaran akan diadakan pada pertengahan bulan ini yang melibatkan pengilang, pemborong, persatuan pengguna, pengguna dan pihak kerajaan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Jelaing Mersat. Beliau berkata ia dianjurkan kementerian berkenaan. "Mereka akan mengenal pasti, berunding dan mengambil tahu sebab-sebab kenaikan harga barang sama ada ia disebabkan oleh masalah pengangkutan atau terdapat peniaga yang tidak jujur," katanya menjawab soalan Ahmad Maslan (BN-Pontian). Ahmad ingin tahu langkah yang diambil kementerian itu bagi menyedarkan pengguna mengenai kenaikan harga barang, walaupun kerajaan telah mengumumkan penurunan harga minyak. -- BERNAMA

" Guna Kuasa Beli Boikot Barang Mahal "

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak mempunyai kuasa untuk memaksa peniaga dan pengusaha makanan menurunkan harga mereka walaupun harga minyak sudah diturunkan empat kali.

Menterinya, Datuk Shahrir Samad, berkata ini kerana sesetengah barang bukan dalam senarai barang kawalan.

"Kita tidak dapat turunkan kecuali melalui usaha kita untuk menggerakkan mereka bagi bersama-sama menyertai kempen penurunan harga. Kempen itu pula adalah berdasarkan rasa tanggungjawab dan dilakukan sukarela.

"Jadi, pengguna perlu menggunakan kuasa beli dengan tidak membeli di premis yang menjual barangan dengan harga tinggi bagi menimbulkan kesedaran di kalangan peniaga," katanya menjawab soalan tambahan Hamim Samuri (BN-Ledang) di Dewan Rakyat, semalam.

Terdahulu ketika menjawab soalan asal Ahli Parlimen sama, beliau berkata, kementerian melantik 2,000 graduan sebagai Pegawai Pemantau Harga secara kontrak selama setahun mulai 1 Mac lalu untuk membuat pemantauan terhadap harga runcit barang keperluan pengguna setiap hari.

Katanya, Pegawai Pemantau Harga memantau lapan jenis barangan keperluan utama dan 350 jenis barang lain, terdiri daripada 127 barangan basah, 223 barangan runcit atau kering dan 20 barangan siap masak.

Beliau berkata, mereka juga mengemukakan laporan harga, analisis dan trend harga barang keperluan pada setiap minggu kepada Majlis Ekonomi Negara.

Posted by 4th Man at 09:41

Fenomena Kenaikan Harga Minyak Mentah Dunia

Fenomena Kenaikan Harga Minyak Mentah Dunia(15 JUN 2008)

Ketika artikel ini ditulis, harga minyak mentah dunia menurut pasaran masa hadapan barangan komoditi, New York Mercantile Exchange (NYMEX), telah mencecah 132 Dollar AS setong. Kenaikan ini memaksa beberapa negara seperti India, Indonesia, serta Malaysia terpaksa menaikkan harga barang bakar tersebut di pasaran, dengan mengurangkan subsidi yang dahulunya digunakan untuk mengawal harganya untuk kegunaan masyarakat awam. Keadaan ini nyata amat sukar serta terlalu pahit ditelan, memandangkan dunia masih belum pulih daripada krisis bekalan makanan yang turut melanda semenjak kebelakangan ini. Justeru, bukanlah suatu perkara menghairankan jika fenomena kenaikan harga minyak ini turut mendorong kebimbangan di kalangan rakyat di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat serta negara-negara Eropah, yang rata-ratanya tidak mengenakan subsidi ke atas bahan bakar tersebut. Kenaikan harga minyak ini bakal meninggalkan beberapa kesan yang sangat mendalam di dalam pelbagai sektor. Kesan paling ketara dapat dilihat dalam sektor pengangkutan yang merupakan sektor yang banyak mempengaruhi perkembangan serta keadaan dalam sektor-sektor lain. Ini memandangkan sektor terbabit memainkan peranan yang sangat penting dalam perjalanan serta perkembangan ekonomi global, kerana ia merupakan penggerak utama di sebalik proses perdagangan antarabangsa. Kenaikan harga minyak akan memaksa para penggerak dalam sektor ini terpaksa menanggung kos perniagaan yang tinggi, sekaligus memaksa penggerak-penggerak terbabit menaikkan kos perkhidmatan yang dikenakan untuk menampung kos yang diakibatkan oleh kenaikan harga minyak. Ini memaksa para pengusaha serta pengilang membayar kos pengangkutan yang jauh lebih mahal, yang sekaligus mendorong kenaikan harga produk-produk ataupun barangan yang dikeluarkan, yang memaksa para pembeli mahupun pengguna terpaksa membayar harga yang lebih untuk mendapatkan produk yang ditawarkan. Sekaligus, keadaan ini mengurangkan kuasa beli di kalangan pengguna di peringkat domestik yang sekaligus mengakibatkan berlakunya inflasi, yang boleh mengancam kestabilan ekonomi di sesebuah negara. Bahkan majalah Newsweek keluaran 9 Jun 2008 meramalkan bahawa fenomena kenaikan harga minyak ini akan membataskan aktiviti perdagangan di peringkat domestik serta peringkat serantau semata-mata. Dalam erti kata lain, fenomena kenaikan harga minyak ini adalah ancaman kepada proses perdagangan bebas yang dianggap sebagai tunjang utama kepada ekonomi dunia sebelum ini.MENGAPA? Ada beberapa faktor yang dikatakan menjadi pencetus utama kepada kenaikan harga minyak dunia semenjak kebelakangan ini. Antara faktor tersebut membabitkan kegagalan mekanisme pasaran minyak dunia untuk memenuhi permintaan ke atas komoditi bakar itu yang semakin meningkat. Secara ringkas, harga minyak mentah di pasaran dunia ditentukan melalui mekanisme yang bertunjangkan konsep permintaan serta penawaran, di antara pengeluar serta pengguna. Menerusi sistem ini, harga komoditi ini akan menjadi murah jika jumlah penawaran oleh pengeluar melebihi jumlah permintaan di kalangan pengguna. Akan tetapi, keadaan menjadi sebaliknya jika terdapat lebihan dari segi permintaan jika dibandingkan dengan jumlah pengeluaran. Jika kenyataan di atas dijadikan rujukan, maka ini akan mampu menjelaskan fenomena kenaikan harga minyak mentah yang akan terus mencengkam kehidupan setiap lapisan masyarakat di segenap pelusuk dunia. Kenyataan ini diperkuat dengan analisa yang dilakukan oleh akhbar New York Times pada Disember lalu, yang meramalkan bahawa negaranegara pengeluar minyak utama dunia seperti Arab Saudi, Iran, Emiriah Arab Bersatu, serta Russia, akan mengurangkan eksport minyaknya untuk menjamin kelangsungan bekalan di peringkat domestik. Menurut jangkaan yang dikeluarkan oleh Badan Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat (EIA), keadaan ini dijangka berterusan berdasarkan kepada jangkaan akan meningkatnya permintaan di kalangan negara-negara pengguna minyak dunia seperti India dan China. Akan tetapi, di Amerika Syarikat serta beberapa negara Eropah, kenaikan mendadak bahan bakar ini dianggap turut didorong oleh tindakan spekulator-spekulator kewangan antarabangsa yang ingin mendapat keuntungan dalam sekelip mata. Menurut spekulator kewangan terkemuka dunia, George Soros, spekulasi membabitkan harga minyak berlaku akibat daripada meningkatnya jumlah pelaburan yang dibuat oleh para spekulator ke atas pasaran masa hadapan minyak. Akibatnya, ini secara langsung dikatakan telah meningkatkan harga komoditi tersebut di pasaran dunia. Akan tetapi, Soros juga meramalkan fenomena akhirnya dijangka akan mengakibatkan kejatuhan mendadak harga pasaran komoditi tersebut, yang sekaligus mampu melumpuhkan system pasaran minyak sedunia. Andaian itu dibuat berdasarkan kepada jangkaan sekiranya spekulator-spekulator terbabit menarik balik pelaburan mereka daripada sektor komoditi itu secara mendadak. Bahkan Soros juga berpendapat bahawa kenaikan harga minyak mentah sedunia ini mampu menjejaskan pertumbuhan kuasa besar ekonomi dunia, Amerika Syarikat. Berdasarkan kepada kenyataan yang dibuat oleh Soros itu, bukanlah satu perkara yang menghairankan jika Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat untuk Perdagangan, Sains dan Pengangkutan, mengundang Soros untuk memberi penerangan mengenai fenomena ini. Bahkan di Jerman sebagai contohnya, terdapat desakan di kalangan ahli politik tempatan agar inisiatif secara agresif diambil untuk menghalang tindakan spekulasi yang keterlaluan ke atas harga komoditi tersebut. Ini memandangkan fenomena tersebut mampu meninggalkan kesan yang ketara kepada setiap lapisan masyarakat dalam pelbagai bentuk berbeza. Keadaan ini diburukkan dengan krisis bekalan makanan sedunia yang masih belum menampakkan sebarang tanda akan selesai . Berdasarkan kepada keadaan semasa harga pasaran minyak mentah global, bukanlah suatu perkara menghairankan. jika krisis ini akan berlarutan serta akan menjadi bertambah buruk. Justeru, bukanlah satu perkara yang menghairankan jika kesan kenaikan harga minyak sedunia dinanti dengan penuh debar serta tanpa kepastian yang nyata.

Disediakan oleh : Mohd Firdaus Md. Hamsin, Sekretariat Antarabangsa ABIM
Sumber: Newsweek (Jun 2008), Laman web rasmi Al-Jazeera, akhbar Seattle Times, akhbar New York Times, Badan
Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat (EIA), dan akhbar Telegraph.
Minda Madani Online

Kempen Penurunan Harga

Kempen Penurunan Harga di C-Mart 30 Dis.

ALOR STAR Kempen Penurunan Harga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan diadakan di pasar raya C-Mart, Jitra dekat sini pada 30 Disember ini. Pengerusi Gerakan Pengguna Negeri Kedah, Datuk Yusoff Ismail berkata, kempen berkenaan dijangka dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd. Johari Baharom pada pukul 2.30 petang. "Pasar raya C-Mart Jitra dipilih sebagai lokasi pelancaran kempen ini kerana ia antara premis yang menawarkan harga barangan lebih murah dan berpatutan kepada orang ramai," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam. Dalam pada itu, Yusoff menyeru peniaga di negeri ini supaya menurunkan harga barangan mengikut keadaan semasa, lebih-lebih lagi harga bahan api telah diturunkan beberapa kali oleh kerajaan.
Katanya, kerjasama peniaga amat ditagih agar pengguna tidak terus dibebani dengan harga barangan keperluan yang mahal setiap kali ingin berbelanja. Dalam hal ini, beliau turut meminta pengguna memainkan peranan berkesan dalam usaha mendesak para peniaga menurunkan harga jualan mereka dengan hanya berbelanja di premis yang menawarkan harga berpatutan.
"Jika pengguna hanya membeli di premis yang menawarkan harga berpatutan, ia secara langsung akan memberi kesan kepada peniaga yang masih menjual barangan pada harga yang mahal. "Ini sekali gus dapat mendesak mereka mengikuti langkah peniaga yang menjual barang pada harga lebih munasabah," katanya.

Utusan Malaysia, 26 Disember 2008

Wednesday, December 24, 2008

ISU GULA DAN KENAIKAN HARGA BARANG

Untuk pengetahuan para sahabat sekalian, di Malaysia ini ada empat kilang gula utama yang mengeluarkan gula bertapis, iaitu gula yang harian yang digunakan oleh penduduk Malaysia. Empat kilang gula tersebut adalah:-
1. CSR – Central Sugar Refinery (Shah Alam, Selangor)
2. GPT – Gula Padang Terap (Kedah)
3. MSM – Malayan Sugar Manufacturing (Prai); dan
4. KGFP – Kilang Gula Felda Perlis Untuk pengetahuan para sahabat sekalian, hanya empat kilang gula inilah yang membekalkan gula tapis harian untuk kegunaan rakyat Malaysia seharian. Masalah gula adalah terlalu kompleks dan tidak mampu diceritakan kepada rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun saya ingin menjelaskan sejelas-jelasnya apakah berpuncanya masalah gula itu.
Masalah gula berpunca dari pelbagai faktor antaranya:-

1. Berlakunya kehilangan gula diperingkat pemborong kepada peruncit – Masalah ini berlaku apabila pemborong yang membeli gula daripada pihak peruncit bertindak menjual gula kepada pihak industri kerana harga gula yang dibelipada peringkat pemborong oleh pihak indsutri adalah murah dan pada harga distribution daripada pihak pemborong kepada pihak peruncit.
2. Tiada definisi jelas akan siapa yang layak membeli dari pengilang – Penetapan pernah dicadangkan agar industri tertentu seperti pembuatan makanan dan minuman besar membeli terus dari pihak pengilang. Tetapi masalah timbul apabila kilang-kilang di selatan tanah air seperti di Johor Bharu dan di Timur mengalami masalah dengan kos pengangkutan untuk membawa terus gula dari kilang yang saya sebutkan di atas ke kilang masing-masing dan melibatkan kos yang tinggi. Lalu kerajaan membenarkan mereka mendapatkan gula daripada pengilang itu sendiri.
3. Fear factor – Saya tidak ingin menyalahkan sesiapa, tetapi apabila kerap media memainkan masalah gula di kaca televisyen, maka akan timbul rasa takut dikalangan pengguna mengenai kekurangan gula. Setiap isi rumah akan membeli gula lebih daripada keperluan masing-masing dan menyebabkan kekurangan bekalan gula pada peringkat peruncit. Untuk pengetahuan para sahabat sekalian, kerajaan atau KPDNHEP tidak pernah menghadkan pembelian gula diperingkat peruncit dan peruncit adalah bebas membeli gula pada amaount yang dikehendaki. Walau bagaimanapun, pihak peruncit mendapat kesedaran sendiri dan gabungan peruncit bersetuju untuk menghadkan seorang individu membeli 2 kilo gula seorang. Tetapi mereka tidak pernah memantau dan rakyat bebas membeli lebih dari itu.
4. Anggota penguatkuasa tidak mencukupi – Saya tahu sahabat mesti marah dengan saya kerana menimbulkan butiran ini, namun untuk pengetahuan sahabat sekalian terdapat 2207 pemborong gula yang bertanggungjawab mengedarkan gula kepada peruncit di seluruh malaysia. Dan terdapat beratus ribu buah premis di seluruh malaysia untuk mengedarkan gula. Pemantauan yang boleh dibuat oleh KPDNHEP adalah hanya pada peringkat peruncit dan mereka akan memeriksa kedai-kedai berkenaan samada terdapat gula atau tidak. Sebagai contoh di kawasan manjung itu, dengan penduduk berpuluh ribu, pemantauan yang boleh dilakukan adalah dengan memeriksa kedai runcit samada bekalan adalah cukup atau tidak. Untuk pengetahuan para sahabat sekalian hanya terdapat 1821 orang atau seribu lapan ratus dua puluh satu anggota yang bertanggungjawab memantau perdagangan dalam negeri dan bidang tugas mereka bukan sahaja merangkumi kawalan harga tetapi ada 9 akta utama yang perlu mereka kawal selia.
Antara sembilan akta tersebut adalah :
i. Akta Perihal Dagangan 1972 – Akta ini lebih kepada mengawal barangan dagangan seperti barangan tiruan, dagangan palsu dan larangan pengimportan barangan-barangan tertentu.
ii. Akta Hak Cipta - Mengawal Copyright tentang hak paten, muzik, seni atau karya
iii. Akta Kawalan Harga 1946 - AYAM, GULA
iv. Akta Jualan Langsung – Peruntukan akta adalah bagi perlesenan peniaga yang menjalankan perniagaan jualan langsung, bagi pengawalseliaan Jualan Langsung dan bagi perkara-perkara lain yang berkaitan
v. Akta Pelindung Pengguna 1999 – Suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan pengguna, penubuhan Majlis Penasihat Pengguna Negara dan Tribunal Tuntutan Pengguna
vi. Akta Cakera Optik 2000 – Suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi perlesenan dan pengawalseliaan pengilangan cakera optik dan perkara-perkar berkaitan
vii. Akta Timbang dan Sukat 1972 – Pengawalan perkara-perkara standard jisim dan sukatberdasarkan unit antarabangsa bagi barang-barang berkaitan timbang dan sukat viii. Akta Kawalan Bekalan – Mengawal bekalan barang-barang yang dikawal (senarai barangan boleh didapati di KPDNHEP)
ix. Akta Sewa Beli 1967 – Untuk menyediakan peraturan barang dan kandungan perjanjian sewa beli serta hak dan hak pihak perjanjian Menjawab persoalan rakyat akan kenapa anggota KPDNHEP tidak menempatkan anggota mereka di kilang-kilang pengeluaran, jawapan kepada persoalan tersebut adalah ADA DITEMPATKAN. KPDNHEP ada menempatkan beberapa pegawai di empat kilang di atas. Merangkumi kepada apabila gula dikeluarkan dan dibekalkan kepada pemborong sahaja. Hasil pemantauan mendapati pengeluaran adalah mencukupi dan jumlah allocation yang diberikan kepada pemborong juga adalah mencukupi. Kita perlu bersikap rasional disini dimana takkanlah hendak ikut dari pengilang ke pemborong kemudian kepada para peruncit hingga ke isi rumah. Anggota kementerian adalah sangat terhad seperti yang saya terangkan di atas. Ada 2207 jumlah pemborong di Malaysia dan pemantauan khusus adalah sangat-sangat sukar dilakukan. Harga Ayam Untuk pengetahuan para sahabat sekalian, harga ayam yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini adalah harga ceiling. Ramai yang tidak faham akan makna sebenar harga ceiling yang ditentukan oleh kerajaan. Definisi harga ceiling itu sendiri tidak rakyat fahami. Harga ceiling diperkenalkan pada tahun 2000 apabila berlaku peningkatan mendadak pada harga barangan menjelang musim-musim perayaan. Harga ayam yang baru diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini adalah pada harga 2 iaitu harga ayam super (tanpa kaki dan kepada – bersih) pada RM 6.70 dan Harga Standard (berkaki dan berkepala) pada harga RM 6.00. Untuk pengetahuan para sahabat sekalian, harga ayam dan harga barangan adalah mengikut demand and supply. Saya terangkan dengan teliti di sini. Harga ceiling yang ditetapkan adalah supaya agar peniaga tidak menaikkan harga barangan contohnya ayam tidak melebihi harga ceiling yang ditetapkan. Pada tahun 2000 dan sebelumnya sebelum harga ceiling ditetapkan, menjelang sahaja musim-musim perayaan, peniaga menaikkan harga ayam melebi RM 7.00. Jadi dengan penetapan harga ceiling ini, peniaga tidak akan dan tidak boleh menaikkan harga ceiling dari yang ditetapkan. Penetapan harga ceiling yang dilakukan adalah selepas mengambil kira semua pendapat FAMA dan Penternak-penternak seluruh malaysia. Untuk pengetahuan semua, harga ayam masih lagi dijual pada harga yang berpatutan di seluruh malaysia iaitu pada kada RM 5.70 dan harga ayam adalah tidak statik pada kadar yang sama sepanjang hari. Sebagai contoh, jika ayam disembelih pada waktu pagi, harganya tinggi dan tiba pada waktu petang, harganya sudah rendah. Cuma menjelang musim-musim perayaan harga ayam ini dinaikkan oleh peniaga kerana permintaan untuk ayam ini adalah banyak. Tugas harga ceiling inilah yang akan membolehkan peniaga tidak menaikkan harga dengan sewenang-wenangnya. Pernah sebelum harga ceiling diperkenalkan harga cili pernah naik sebnayk RM 12.00 pada musim-musim perayaan. Saya percaya ramai sahabat bimbang harga ayam tinggi, tetapi percayalah di pasar-pasar basah, harga ayam tidak akan naik lebih tinggi dari RM 6.70 (SUPER) dan RM 6.00 (Standard) malah akan dijual pada harga yang lebih rendah selepas musim perayaan ini. Bagi mereka yang kurang jelas, saya boleh menjelaskan dengan lebih teliti lagi lepas ini.
Posted on Tuesday, September 26 @ 13:37:10 MYT Oleh songkok_hitam:

www.mykmu.net@www.beritakmu.net







Sunday, December 21, 2008

Utusan Malaysia: Minyak serendah AS$25 setong

Utusan Malaysia: Minyak serendah AS$25 setong
Isnin, 22 Disember 2008

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Harga minyak dunia dijangka terus merudum dan diramal boleh mencecah serendah AS$25 (RM86.50) setong pada tahun depan berikutan permintaan yang sangat lemah, terutama di kalangan negara-negara industri dunia.

Kejatuhan permintaan minyak dari negara-negara itu dipercayai pertama kali berlaku selepas tahun 1980an.

Ketua Penyelidik Jupiter Securities Sdn. Bhd., Pong Teng Siew yakin kejatuhan permintaan bagi komoditi itu akan berterusan memandangkan tiada tanda-tanda krisis ekonomi akan pulih.

''Berdasarkan situasi semasa, kedudukan harga minyak sekarang merupakan tindak balas kepada kemelesetan ekonomi global.

''Saya berpendapat harga minyak memang tidak boleh meningkat dalam tempoh singkat memandangkan pasaran menjangkakan OPEC akan terus mengurangkan jumlah pengeluaran sehingga harga minyak kembali stabil,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini.

Rabu lalu, OPEC sebulat suara bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyaknya sebanyak 2.2 juta tong sehari atau kira-kira tujuh peratus daripada kuota kartel mulai Januari untuk mengelakkan harga komoditi itu terus susut.

Pengurangan itu dipercayai yang terbesar pernah dilakukan oleh OPEC, yang mengeluarkan 40 peratus keperluan minyak mentah dunia.

Malah, harga minyak mentah bagi penghantaran Januari dan Februari masih kekal rendah di bawah AS$40 (RM138.40) setong.

Harga emas hitam itu pernah mencatatkan rekod tertinggi iaitu AS$147 (RM508.62) setong pada Julai lalu.

OPEC dijadual mengadakan satu lagi perjumpaan pada 19 Januari ini untuk membincangkan pengurangan pengeluaran sekiranya harga minyak terus jatuh.

Mengulas lanjut, Teng Siew berkata, kejatuhan minyak dunia sekarang memang sesuatu yang di luar jangkaan dan sukar untuk meramalkan bila ia akan naik semula.

''Kejatuhan minyak tahun ini memang dianggap 'gila' kerana tidak sesiapa pun yang menyangka ia boleh jatuh ke tahap sekarang. Ini adalah kejatuhan dalam sejarah industri minyak,'' ujarnya.

Beliau tidak menafikan spekulasi hebat terhadap harga komoditi itu merupakan penyumbang terbesar terhadap kejatuhan harga komoditi tersebut.

Bagaimanapun, beliau percaya, harga minyak dijangka meningkat sedikit menjelang akhir tahun depan.

Dalam pada itu, Teng Siew berkata, meskipun harga minyak dunia jatuh namun adalah tidak praktikal sekiranya harga minyak di negara ini terus diturunkan.

''Kejatuhan harga minyak dunia tidak boleh dibandingkan dengan harga minyak di pasaran tempatan,'' ujarnya.

Beliau menyifatkan, harga baru bagi minyak sekarang adalah 'cukup bersesuaian' dan tidak perlu diturunkan lagi walaupun sekiranya harga minyak mentah dunia terus menjunam.

Jelas beliau, tindakan kerap menurunkan harga minyak tidak akan memberi kebaikan kepada pengguna pada masa depan.

''Kita perlu ingat Petronas akan menjadi pengeksport minyak mentah dalam tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan rakyat Malaysia tidak selama-lamanya bergantung pada subsidi.

''Selain itu, kerajaan juga perlu mendidik rakyat agar tidak menggunakan banyak minyak,'' katanya.

Thursday, December 18, 2008

UTUSAN MALAYSIA: Minyak di bawah AS$40 setong

UTUSAN MALAYSIA: Minyak di bawah AS$40 setong
Jumaat, 19 Disember 2008

SINGAPURA 18 Dis. - Harga minyak mentah dunia didagangkan di bawah paras AS$40 (RM138) setong hari ini kepada paras terendah sejak empat tahun, walaupun pengumuman Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengurangkan pengeluaran.

Pada dagangan tengah hari, kontrak utama New York minyak berkualiti tinggi Light Sweet untuk penghantaran Januari jatuh AS$0.41 (RM1.41) kepada AS$39.65 (RM136.79) setong.
Kontrak itu ditutup pada paras AS$40. 06 (RM138.20) setong, semalam di New York Mercantile Exchange, penurunan sebanyak AS$3.54 (RM12.21).

Minyak mentah Brent North Sea untuk penghantaran Februari jatuh AS$0.38 (RM1.31) kepada AS$45.15 (RM155.76) selepas jatuh AS$1.12 (RM3.86) untuk ditutup pada paras AS$45.53 (RM157.07) semalam.

OPEC yang mengeluarkan 40 peratus minyak mentah dunia telah meluluskan cadangan pengurangan sehingga 2.2 juta tong sehari, tujuh peratus daripada kuota pengeluarannya.

Menteri-menteri 13 ahli pertubuhan itu bermesyuarat di Oran, Algeria, bersetuju mengurangkan pengeluaran dalam usaha untuk meningkatkan harga pasaran, yang telah jatuh daripada paras tertinggi melebihi AS$147 (RM507.15) Julai lalu, ekoran permintaan menurun kerana kelembapan ekonomi global.

Ia merupakan kali ketiga dalam tempoh tiga bulan, OPEC telah mengurangkan pengeluaran dan merupakan pengurangan terbesar sejak pertubuhan itu memperkenalkan kuota pengeluaran pada 1982.

Sebelum pengurangan terbaru ini, sasaran pengeluaran harian OPEC adalah 27.3 juta tong, tetapi penganalisis berkata, pertubuhan itu telah mengeluarkan lebih daripada kuota kerana sesetengah ahli ingin meningkatkan pendapatan.

Penganalisis mempersoalkan sama ada perkembangan terbaru ini akan mencukupi berbanding penurunan mendadak permintaan dengan negara-negara industri utama seperti Amerika Syarikat (AS), Jerman dan Jepun yang berhadapan dengan kemelesetan ekonomi.

Sementara negara-negara lain seperti China mengalami kelembapan pertumbuhan mendadak.

Harga minyak jatuh, walaupun dolar mencatatkan rekod kejatuhan, sehari selepas Rizab Persekutuan AS mengurangkan kadar asas pinjamannya kepada kosong peratus.
Kelemahan dolar mengakibatkan harga minyak mentah jatuh kerana pembeli menggunakan mata wang yang murah. - AFP

BICARA MUAMALAH

Krisis Ekonomi US : Gambaran, Ulasan & Pandangan Islam
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/




Amerika Syarikat sedang menghadapi kejatuhan ekonominya akibat sistem kapitalis. Apa sebenarnya yang berlaku dan apa kaitannya dengan riba?. Dan adakah jika sistem kewangan dan ekonomi Islam dilaksanakan, kita akan terselamat dari malapetaka seperti ini. Tulisan ini akan cuba mendedahkan isu ini dalam bentuk yang separa ilmiah dengan kumpulan sasaran pembaca orang awam.



Justeru, jika anda seorang cendiakawan ekonomi, kewangan dan perbankan, saya kira tulisan ini mungkin tidak menambahkan sebarang nilai dan pengetahuan baru buat anda. Saya juga menggunakan bahasa-bahasa bukan kewangan bagi memudahkan kefahaman orang awam dalam memahami isu ini secara mudah.



Walaupun isu ini agak kompleks untuk diterangkan dengan mudah kepada pembaca yang tiada basic ilmu kewangan dan perbankan (kerana ia perbincangan berkenaannya banyak menggunakan istilah-istilah khusus kewangan dan perbankan), namun saya akan cuba sekadar kesempatan waktu dan kemampuan yang ada untuk memberi faham. Isunya begini..
Kegawatan bermula dari kes pinjaman dan pensekuritian bon Subprima.

FAHAMI SUBPRIME MORTGAGE TERLEBIH DAHULU



Subprime mortgage atau dalam bahasa Malaysia kita sebut "peluang kedua pinjaman".
Ia adalah pinjaman wang yang diberikan kepada sekumpulan pengguna miskin, manakala sebahagian lainnya tidak menepati kriteria peminjam yang BOLEH diluluskan jika dilihat dari piawaian sesebuah bank. Ia disebut sebagai mempunyai ‘credit rating' yang rendah. Mereka ini biasanya terdiri dari :-
a) mereka yang mempunyai pendapatan rendah,
b) mempunyai sejarah dan rekod kegagalan bayaran hutang yang tinggi, atau ‘rekod merah'.
c) mereka yang beban hutangnya telah melebih kemampuan pendapatannya,
d) para spekulator yang tiada mempunyai wang tetapi ingin membeli untuk tujuan pelaburan dan lain-lain lagi.



Walaupun demikian, mereka telah diberikan peluang kedua untuk membuat pinjaman.



Perlu diingat, ia bukannya dibuat atas dasar ingin membantu tetapi berpunca dari sifat tamak pihak kapitalis dalam perolehan untung, mereka juga tidak menghiraukan samada kumpulan miskin dan bermasalah serta terdesak tadi akan semakin tertindas ataui tidak. Apa yang penting buat mereka adalah untuk mengambil peluang meraih untung sebanyak mungkin.



Telah saya tegaskan beberapa kali di web ini, apabila pinjaman diberikan kepada mereka yang berpotensi untuk gagal membayar balik, risiko kegagalan membayar hutang yang dinamakan ‘event of default' akan menjadi semakin tinggi. Menurut kebiasaan sesebuah bank, jika risikonya tinggi maka lagi tinggilah kadar riba ‘interest' yang akan dikenakan terhadap peminjam.



Menurut faktanya, apabila lebih 100 buah syarikat yang memberi pinjaman jenis subprime seperti New Century Financial Corporation memfailkan bankruptcy akibat gagal memperolehi pulangan beserta riba yang dikehendakinya, kegawatan mula kelihatan. Kegagalan ini membawa kerugian sebanyak USD 6.5 trillion dan memberikan kesan negatif kepada seluruh industri jual beli rumah, perbankan dan ekonomi USA. [1]


Isu ini mula menggugat ekonomi Amerika mulai tahun 2007 dan berterusan kesannya sehinggalah apa yang berlaku kepada kebrankupan dan kerugian besar syarikat gergasi di Bursa Saham Wall Street seperti Lehman Brothers, Merrill Lynch, AIG dll. Ia bakal membawa kesan domino atau kesan bertali kepada mana-mana syarikat yang mempunyai ikatan dengan mereka yang rugi ini, akan saya huraikan kemudian.

Ia bermula apabila sektor perumahan di USA menjadi bubble. Erti bubble dalam konteks ini adalah apabila nilai valuasi rumah meningkat sehingga mencapai tahap unsustainable iaitu tidak mampu lagi ditanggung jika dilihat kepada purata pendapatan penduduk.



Hasilnya, bilangan peminjam yang gagal ia disebut ‘defaulters' menjadi semakin tinggi. Keadaan ini merebak sehingga berlakunya krisis kegawatan pada bulan Ogos 2007 yang lalu.



APA KISAH CADANGAN KERAJAAN US UNTUK BAILOUT USD 700 BILION?



Apabila ini terjadi, nilai rumah tiba-tiba menjadi jatuh merudum pula sehingga banyak pihak yang telah membeli dan memegang rumah dan hartanah tidak lagi mendapat untung dari aset yang mereka pegang. Kerugian pun menjelma dan memberikan kesan kepada seluruh sektor kredit, perbankan dan ekonomi dunia. Pihak bank akan ditimpa Non Performing Loans (NPL) atau hutang tertunggak yang tinggi, selain itu ia juga memberi kesan rugi kepada seluruh sektor pembinaan, pembekal dan banyak lagi. Ia juga bakal membawa keruntuhan, hasilnya Presiden USA, George Bush telah memperuntukan ‘bail-out plan' dengan harga antara USD 700 billion ke USD 1 trillion untuk membeli aset pinjaman tertunggak yang merosakkan tersebut.



Pihak US merancang, setelah membeli semua aset tadi, mereka akan menjualnya semula dan memperolehi keuntungan pula darinya. Namun terdapat pakar pelaburan seperti Warren Buffet dan ramai lagi yang menganggap lebih bijak jika kerajaan membiarkan sebahagian sekuriti tenat dan tertunggak ini dijual di pasaran terbuka kepada sektor private dan bukannya dibeli oleh kerajaan. [2]



Secara ringkasnya isunya adalah :-



a) Apa yang menjadi isu dengan kes bail out terbaru ini adalah, jumlah besar itu adalah wang hasil kutipan dari pembayaran cukai dari seluruh warga USA. Namun malangnya wang cukai yang bayar mereka akan digunakan untuk menyelamatkan beberapa buah syarikat gergasi di Wall Street, sedangkan ramai yang tidak terlibat dengan aktiviti saham dan tidak mendapat faedah secara langsung dari bail-out ini. Inilah yang menyebabkan kemarahan orang ramai. Duit mereka digunakan untuk menyelamatkan si kaya manakala syarikat kecil dan sederhana tiada sebarang bantuan.


b) Selain itu, untuk mejayakan tujuan ini, kerajaan US terpaksa mencetak lebih banyak wang dan ini akan meningkat kadar inflasi iaitu nilai USD akan jatuh merudum.


c) Sebahagian pakar ekonomi menamkannya sebagai hyperinflation atau inflasi di luar kawalan. Selain itu purchasing power mereka turut jatuh.



Contoh hyperinflation adalah apa yang berlaku kepada Germany pada tahun 1923 apabila kadar tukarannya adalah Marks (Matawang German) 4,200,000,000,000 (4.2 billion) adalah sama dengan USD 1 sahaja!. Yang terbaru adalah Zimbabwe di mana nilai duit Zimbabwe sebanyak 688 billion adalah sama dengan USD 1. [3]



d) Ini juga bermakna, semua peminjam-peminjam di bank US terpaksa mencari sumber wang lain untuk mebayar hutang mereka disebabkan nilai matawang mereka menjadi kecil. Kalau dulu USD 1000 mereka boleh membayar pinjaman perumahan bulanan, namun akibat bail-out ini, nilai USD 1000 itu sudah jatuh kepada USD 900.



e) Ia juga boleh mengakibatkan pelbagai bencana ekonomi seperti berlakunya penyorokan barang pengguna kerana menunggu harga meningkat.



f) Hutang US juga pasti akan meningkat tinggi , dijangkakan hutang US akan meningkat kepada USD 11.3 trillion daripada jumlah sekarang iaitu USD 10.6 trillion. [4]



231 ahli akademik yang merupakan pakar ekonomi di univeristi seluruh USA membantah tindakan ini dalam satu surat yang ditandatangani bersama oleh mereka. Mereka menegaskan :-
"Investors who took risks to earn profits must also bear the losses. [...] The government can ensure a well-functioning financial industry [...] without bailing out particular investors and institutions whose choices proved unwise." [5]

PENSEKURITIAN PINJAMAN SUBPRIMA & PANDANGAN ISLAM



Bagi anda memahami isu ini dengan lebih tersusun, mari memhami isu subprime dan pensekuritiannya. Keadaan menjadi parah sebenarnya, apabila pinjaman-pinjaman SUBPRIME tadi telah disekuritikan menjadi . ‘Mortgage-backed Securities' ; (iaitu sijil-sijil boleh niaga yang disandarkan kepada sesuatu aset (asset-backed security ) yang mana cash flow atau aliran tunainya datang dari pembayaran pinjaman pokok dan interest bagi satu kelompok pinjaman perumahan. Kemudiannya ia diniagakan dengan risiko berbeza mengikut tahap-tahapnya. Dalam kes yang sedang kita bincangkan ini, kelompok pinjaman itu adalah dari pinjaman subprime yang telah diberitahu tadi. Sila lihat rajah untuk lebih faham.

Bagi anda memahami isu ini dengan lebih tersusun, mari memhami isu subprime dan pensekuritiannya. Keadaan menjadi parah sebenarnya, apabila pinjaman-pinjaman SUBPRIME tadi telah disekuritikan menjadi . ‘Mortgage-backed Securities' ; (iaitu sijil-sijil boleh niaga yang disandarkan kepada sesuatu aset (asset-backed security ) yang mana cash flow atau aliran tunainya datang dari pembayaran pinjaman pokok dan interest bagi satu kelompok pinjaman perumahan. Kemudiannya ia diniagakan dengan risiko berbeza mengikut tahap-tahapnya. Dalam kes yang sedang kita bincangkan ini, kelompok pinjaman itu adalah dari pinjaman subprime yang telah diberitahu tadi. Sila lihat rajah untuk lebih faham.
















Rajah : Proses MBS. [6]

Sila lihat kepada pulangan riba ‘expected return' yang dijanjikan kepada pelabur (pembeli sijil ini) yang disebut itu, pulangan itu gagal ditepati apabila pihak peminjam gagal membayar hutang rumah mereka.

Sekali lagi, apa erti sekuriti di sini?

Ia adalah satu proses mengumpulkan pinjaman-pinjaman ini dalam satu kumpulan (pool of portfolio), kemudiannya ditukar menjadi sebuah sijil pelaburan boleh niaga yang dinamakan bon atau sekuriti atau Mortgage Backed Securities.

Ia adalah sebuah instrument pelaburan riba yang menjanjikan PULANGAN TETAP bagi mereka yang berminat membelinya.

Disebabkan sifat tamak pelabur kapitalis, mereka telah menjual bon yang disandarkan kepada pinjaman Subprime yang berisiko ini dan ia telah dibeli oleh pelbagai pihak termasuklah bank-bank pelaburan ‘investment banks' yang besar seperti Lehman Brothers yang merupakan syarikat keempat tersebar di Bursa Wall Street.

Apa yang dilakukan ini jika dilihat dari perspektif Islam dinamakan ‘debt trading' atau menjual hutang. Ia difatwakan haram oleh Majlis Fiqh Sedunia dan juga Majlis Shariah Badan Perakauan dan Kewangan Islam Sedunia (AAOFI) iaitu apabila ia dijual lebih rendah dari harga asal hutang (secara diskaun).

Untuk analogi mudah lagi ringkas, ia adalah seperti berikut:-

Encik David berhutang sebanyak RM 1 juta dari Encik Lingam. Encik David dikehendaki membayar semula hutangnya sebanyak RM 1.5 juta dalam 5 tahun. Ini bermakna Encik Lingam mengenakan RM 500,000 riba ke atas Encik David.

Tiba-tiba selepas dua bulan, atas sebab tertentu, Encik Lingam perlukan wang tunai dengan segera, untuk menyegerakan perolehan tunai, Encik Lingam telah menjual hutang Encik David tadi kepada En Chua dengan harga yang lebih rendah iaitu RM 1.3 juta. Walaupun harganya lebih rendahnamun Encik Lingam puas hati kerana ia memperolehinya secara cash atau tunai.

(Inilah yang dimaksudkan jualan hutang secara diskaun, dan ia dianggap riba oleh Ulama antarabangsa kerana wang ditukar dengan wang syaratnya mestilah sama nilai)

Di hujung transaksi, Encik Lingam berjaya perolehi wang tunai segera namun sedikit berkurangan dari jumlah yang patut diperolehinya jika dia sanggup menunggu selama 5 tahun.

Dan risiko menunggu bayaran hutang penuh oleh Encik David kini sudah dipindah kepada En Chua, namun En Chua bakal menerima untung riba sebanyak RM 200,000 pula dengan mudah.

Encik David tetap perlu membayar seperti biasa.

Berkemungkinan En Chua akan menjualkannya kepada Encik Mutu pula dengan harga RM 1.2 juta.

Untuk memahami isu yang sedang dibincang, anda hanya menukarnya seperti berikut:-

Encik David - Peminjam miskin dan tidak cukup syarat
Encik Lingam - Syarikat pemberi hutang seperti New Century Financial Corporation
Encik Chua - Lehman Brothers dan lain-lain.
Encik Mutu - Semua bank yang membeli MBS ini dari Lehman, Merrill Lynch dan lain-lain.

Maka apabila encik David gagal membayar hutang, semua pihak akan terancam. Inilah yang berlaku.

Inilah namanya discounted debt trading, ini dikenalpasti berlaku dalam kes subprime. Iaitu apabila pihak bank pelaburan membeli MBS yang mewakili hutang perumahan tadi, mereka telah membayar sejumlah wang yang besar, dan kini mereka bergantung kepada bayaran hutang oleh peminjam-peminjam berisiko tadi. Tiba-tiba peminjam gagal membayar dan sebahagiannya diisytiharkan bankrupt meningkat, menyebabkan keuntungan yang pihak bank jangkakan tidak kunjung tiba, sebaliknya kerugian pula menjelma.


KESAN TERBARU DI WALL STREET

Inilah yang berlaku kepada Lehman Brothers, sebuah syarikat gergasi di Wall Street yang diasaskan oleh Lehman berbangsa Yahudi, ia mempunyai nilai aset sekitar USD 600 billion (RM 2.4 trillion), syarikat ini juga mempunyai 25,000 pekerja di seluruh dunia. Tunjang bisnesnya adalah trading fixed-income assets, penyelidikan, pengurusan pelaburan and private equity. Syarikat ini runtuh kerana Riba, tamak dan sistem jualan hutang riba ‘debt trading'.

Lehman brothers adalah dealer yang terbesar dalam fixed interest security (iaitu pelaburan pulangan tetap - riba) yang terbesar di pasaran Wall Street dan mereka telah melabur dengan begitu besar dalam sijil-sijil boleh niaga yang disandarkan kepada US Subprime mortagage market. Namun ia gagal menjual lower rate MBS dari subprime yang dipegangnya. Dalam suku kedua tahun 2008 sahaja menyaksikan Lehman kerugian USD 2.8 billion dan terpaksa menjual asetnya bernilai USD 6 billion. [7]

Seterusnya kerugiannya sebelum brankrup mencecah USD 7.8 billion, dan masih terdedah kepada kerugian USD 54 billion dari pegangan mortgage backed securities yang masih dimilikinya. Hasilnya, nilai sahamnya telah jatuh lebih dari 95%.

Akhirnya pada 15 September 2008, bank ini telah memfailkan bankruptcy chapter 11 [8], ketika itu statistik mencatakan Lehman mempunyai hutang sebanyak USD 613 billion, USD 155 billion lagi hutang dalam bentuk bond atau MBS tadi, dan asset keseluruhan mereka adalah bernilai USD 639 billion. [9]

Pada 22 September 2008 mereka telah ‘ditelan' atau dibeli oleh sebuah lagi gergasi lain iaitu Barclays Bank PLC yang mempunyai asset sebanyak USD 2.7 trillion (lebih kurang RM 9.18 trillion) [10]. Namun, Barclays hanya membeli tunjang bisnes dan pentadbiran Lehman dengan harga USD 1.35 billion yang merangkumi ibu pejabat Lehman yang bernilai USD 960 juta dan beberapa yang lain. Untuk memahami betapa besarnya mereka, bandingkan dengan Aset Maybank Group yang hanya sekitar RM 260 billion. Bayangkan..

Selain itu, hasil dari masalah pinjaman riba tadi juga turut menyaksikan kejatuhan gergasi bank iaitu Merrill Lynch, sebuah bank pelaburan terkenal yang terpaksa dijual kepada Bank of America dengan harga USD 50 Billion untuk menyelamatkan dirinya.

Seperti Lehman Brother, Bank Merrill Lynch juga mengalami kerugian teruk akibat sijil-sijil pinjaman yang dipegangnya mengalami kejatuhan nilai setiap hari, menyebabkan pelaburnya kebimbangan. [11] Semuanya hasil ketamakan dan kini bala dari industri RIBA sudah tiba.

Bertali arus dari isu ini juga, sebuah gergasi insuran iaitu AIG turut menderita sekarang dan memerlukan suntikan wang segera bernilai berbillion dolar. Mereka telah memohon pinjaman kecemasan dari kerajaan Amerika yang dilaporkan bernilai USD 40 Billion.

Sebenarnya, setiap MBS yang dipegang oleh bank-bank pelaburan ini telah mendapat jaminan tidak akan berlaku default atau kegagalan pembayaran dari pihak peminjam, jaminan ini diberikan oleh dua syarikat tajaan kerajaan (Government Support Enterprises) yang besar iaitu Federal National Mortgage Association (Fannie Mae) dan Federal Home Loan Mortgage Corporation (Freddie Mac), yang mana mereka menjamin US mortgage market dengan nilai USD 6 trillion dari keseluruhan USD 12 trillion industri pinjaman perumahan US. Namun akhirnya, mereka turut ‘gulung tikar' dan diambil alih sepenuhnya oleh Kerajaan US.[12]
Selain dari nama-nama yang disebut tadi, banyak lagi bank-bank pelaburan gergasi di Wall Street seperti Bear Stearns, Goldman Sachs, dan Morgan Stanley terlibat dalam perniagaan sekuriti hutang. Justeru gergasi-gergasi ini juga sedang berpeluh kerisauan tentunya.

KESAN KEPADA ANDA?

Benar, anda tiada buku bank dan cek di bank-bank yang disebut tadi kerana mereka adalah bank pelaburan dan hanya berurusan dengan transaksi kewangan atas angin yang berniali billion dan ratus jutaan dollar. Kebanyakan financial instruments yang di gunakan oleh mereka untuk menghasilkan keuntungan juga jatuh merudum seperti derivatives.

Selaku individu biasa, anda memang tidak merasa kesannya secara langsung, namun ia akan datang secara tidak langsung.

Paling tidak, kejatuhan Lehman yang begitu besar memberikan kesan automatik kepada kejatuhan pasaran saham, harga saham-saham lain juga turut terkesan disebabkan pelbagai faktor sampingan lain seperti kepanikan pelabur yang dengan segera menjual saham-saham mereka.

Selain itu, oleh kerana Lehman adalah sebuah bank yang cukup besar, banyak bank-bank yang lebih kecil berurusan dengannya samada sebagai pelabur dan penyimpan. Semua bank-bank ini akan turut merasa kepanasannya.

Telah saya nyatakan tadi, gergasi insuran konvensional Riba iaitu AIG juga sedang bermasalah, jika ini gagal diselesaikan, semua syarikat di seluruh dunia yang punyai bisnes dengan AIG bakal merasai bencananya dan memburukkan lagi seluruh sistem ekonomi kapitalis ini.

Selain itu, setiap bank yang ada berurusan dengan Lehman Brothers juga mendapat tamparan secara langsung, lebih teruk lagi, bank-bank ini bakal gagal menunaikan janji mereka kepada para depositor di bank mereka, terutamanya bagi produk-produk fixed deposit. Pihak bank akan gagl memberikan kadar bunga yang dijanjikan. Lebih teruk dari itu, wang orang arami juga boleh hilang terus, tatkala itu syarikat insuran akan ‘bungkus' juga.

Di United Kingdom, jika anda menyimpan di bank-bank tempatan, sekiranya terdapat mana-mana bank di UK lingkup akibat kesan di USA, simpanan yang terjamin selamat hanyalah £ 50,000 sahaja. Demikian tegas The Financial Services Authority (FSA). [13] Sebagai contoh, Jika anda punyai simpanan sebanyak £ 120,000, kemudian jika bank di UK jatuh bankrupt, semua wang simpanan akan hilang kecuali £ 50,000 sahaja yang akan dibayar semula kepada penyimpan.

Selain itu, semua kesan yang akan berlaku kepada Amerika bakal member kesan kepada ekonomi mana-mana negara yang banyak bergantung kepadanya, termasuk Malaysia.

Jika benar berlaku hyperinflation di Amerika, kita akan dapat melihat betapa banyak kesannya kepada Malaysia termasuk anda dan saya juga.

PANDANGAN ISLAM

Saya ringkaskan begini :-

1) Sistem Islam terlibat dalam real market yang meniagakan aset dan bukannya mengenakan interest atas pinjaman wang dan penjualan hutang seperti yang banyak dilakukan di financial market, malah yang kebanyakannya tiada pun transaksi sebenar, fizikal dalam bentuk aset. Keadaan ini membuka ruang spekulasi yang berlebihan dan perkembangan industri riba yang akhirnya jatuh merudum.

2) Sistem Islam tidak membenarkan kita memberikan pembiayaan perumahan kepada mereka yang tidak punyai potensi untuk membayar semula. Ia memang kelihatan tidak toleran namun ia adalah sangat toleran dan lebih baik kerana tidak menghimpit mereka yang tidak mampu dengan hutang baru yang pastinya tidak akan mampu dibayar.

3) Sistem Islam tidak menggalakkan hutang dan perkembangan industri hutang di luar kemampuan. Namun sistem jualan hutang (debt trading) meningkatkan potensi beban hutang lebih dari kemampuan sebenar. Jualan hutang yang dibenarkan oleh Islam hanyalah jika pada harga yang sama sahaja.

Berbeza dengan konvensional yang menjadikan jualan hutang dengan diskaun sebagai trend popular untuk mendapatkan kecairan.

Namun demikian, sebahagian besar ulama kewangan Islam di Malaysia membenarkan jualan hak hutang dengan harga lebih rendah dari niali hutang atas ijtihad mereka bahawa yang dijual bukanlah wang, tetapi hak maliah atau hak kewangan. Pandangan ini ditolak oleh majoriti ulama antarabangsa.

Prof. Dr Monzer Kahf berkata dalam konteks ini:-

Two main points are essential in this regards: elimination of debt trading in the Islamic econo-finance system is important. This is an essential result of the prohibition of Riba.

Once debts are no more discounted and traded, the financial market cannot be stretched beyond what the real sector can bear. In fact financing shall always be less that real market transaction because financial institutions require that certain portion of the transaction be financed by the parties themselves from equity.

This avoid the chain repercussion of any debt failure and this is a major cause of the trouble of major finance institutions in this crisis. The second lesson is never finance non- real transactions. that is eliminating most of the derivatives and their transactions that are essentially speculative and do not add value to the economy.

Besides these two points we have the moral issues of Islamic economics, but that is a little remote from the finance mentality and it is long term by definition and nature.

4) Sistem Islam, tidak membenarkan pelaburan dengan janji pulangan tetap sebagaimana yang dilakukan oleh MBS subprime. Ini akhirnya membebankan semua pihak terutamanya pihak yang berjanji, walaupun padaawalnya kelihatan menguntungkan. Bayangkanlah, pihak yang berjanji itu bukanlah kecil malah ia sebesar Lehman Brother.

Namun Allah SWT Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Sistem Islam hanya membenarkan sistem pelaburan Mudarabah dan Musharakah. Kedua-duanya punyai cara dan undang-undang tersendiri dalam pengendalian kerugian, dan ianya adalah adil dan saksama, tidak seperti sistem kapitalis dan riba yang menimpa USA. Jika sistem pelaburan Islam diaplikasi, bencana seperti yang berlaku kepada subprime tidak akan menjadi seteruknya. (Maaf saya tiada kesempatan untuk menghuraikan kedua-dua sistem itu dengan terperinci dalam tulisan ini).

Sistem kewangan Islam juga mempunyai sijil niaga seperti MBS, namun ia di dasari oleh aqad Musharakah, Mudarabah, Ijarah dan lain-lain.

5) Apa yang berlaku juga adalah hasil sistem ekonomi free market, iaitu membiarkan industri menentukan halatuju tanpa kawalan. Sistem ekonomi Islam menganjurkan kawalan pasaran oleh kerajaan dalam bentuk yang sewajarnya, sistem hisbah turut wujud bagi memantau aktiviti pasaran.

Sebagai contoh, cara pembelian saham short selling adah haramdi sisi Islam, ia tidak dibenarkan di Malaysia, namun ia dibenarkan di Wall Street. Setalah kejatuhan teruk ini pada 19 September 2008, barulah mereka terkial-kial mengharamkan pembelian dan penjualan secara short selling terhadap 799 saham di Wall Street. Ini mewujudkan lebih ramai spekulator dan merosakkan penentuan demand and supply yang sebenar. Hasilnya, nilai sebenar terhalang oleh aktiviti spekulator.

ADAKAH SEMUA NEGARA TERMASUK NEGARA UMAT ISLAM AKAN TERKESAN ?

Satu persoalan yang timbul adalah adakah kejatuhan Wall Street akan pengaruhi nilai Dollar dan akhirnya menggangu guat semua nilai matawang dunia.? Bagaimana dengan negara umat Islam?
Jawapannya, sudah tentu negara yang mengikat dan bersandar kepada ekonomi US akan merasai kesannya. Demikian juga mereka yang banyak berurusan dengan bank-bank US.

Namun negara-negara Arab mungkin sedikit berbeza. Dr Monzer berkata :-

Although many Arab countries tie their currencies to the US$ but their economies are not in fact largely dependent on the American economy. They depend largely on their own resources and the momentum of domestic infrastructure and construction sector.

Further, I don't think that finance markets in the gulf, Egypt, Turkey and other Arab countries are dependent on the American financial market, I think whatever these emerging markets are facing now is caused by local policy and construction rather than on the effect of the American finance sector, especially a good proportion of the banking system in the Gulf countries has already moved to Islamic finance that in fact shielded it from the current credit crisis that is basically a debt and mortgage crisis and Islamic finance in the ME does not trade debts. [14]

Justeru, Malaysia perlu melepaskan diri sedikit demi sedikit dari bergantung kepada USD dalam urusniaga antarabangsanya. Jika tidak, kita pasti akan terkesan dengan masalah ekonomi USA.
Sekadar itu dahulu yang sempat dan mampu dihuraikan. Diharap memberikan sedikit manfaat kepada kefahaman pembaca web ini berkenaan krisis ekonomi USA tahun 2008 ini.

Sekian.

Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
3 October 2008
4 Syawal 1429 H
Wales, United Kingdom

Alamat Perhubungan MHBN W.P.Labuan

MAJLIS HARGA BARANG NEGARA
(CAWANGAN W.P.LABUAN)
SEKSYEN PERDAGANGAN DALAM NEGERI
PEJABAT PERDAGANGAN DALAM NEGERI & HAL EHWAL PENGGUNA
15B, TINGKAT 15, BLOK 4,
UJANA KEWANGAN 87000
W.P.LABUAN

Tel: 087-423 152
Fax: 087-452 079
E-mail: mhbn_wplabuan@kpdnhep.gov.my

BERITA HARIAN: Angin kencang, laut bergelora di Pantai Timur dan Sabah

BERITA HARIAN: Angin kencang, laut bergelora di Pantai Timur dan Sabah
Khamis, 18 Disember 2008

KUALA LUMPUR: Angin kencang Timur Laut dan laut bergelora yang berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Labuan, Sabah Barat dan Kudat dijangka berterusan hingga Rabu depan.

Jabatan Meteorologi berkata, keadaan angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 50 hingga 60 kilometer (km) sejam serta ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter di perairan tersebut berbahaya kepada aktiviti perkapalan termasuk menangkap ikan, perkhidmatan feri dan aktiviti pantai.

"Sementara itu, angin kencang serta ombak mencapai ketinggian sehingga 5.5 meter di perairan Condore, Palawan, Reef North dan Pulau Layang-Layang juga dijangka berterusan hingga Rabu depan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jabatan itu berkata keadaan ini bukan sahaja berbahaya kepada aktiviti perkapalan dan aktiviti pantai, tetapi juga pekerja di pelantar minyak. - Bernama

SENARAI PEGAWAI PEMANTAU HARGA W.P.LABUAN

PEGAWAI PEMANTAU HARGA W.P.LABUAN

1) Almaherah Bte Abdul Latip
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik & Telekomunikasi
Universiti Malaysia Sarawak

2) Awang Besar Bin Ahmad
Ijazah Sarjana Muda Sains (Geologi)
Universiti Malaysia Sabah

3) Azniah Bte Jali
Ijazah Sarjana Muda Sastera
Universiti Malaya

4) Azzif Bin Anuwar
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat
Universiti Teknologi Petronas

5) Hasnah Binti Sambok
Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial
Universiti Malaysia Sarawak

6) Jennifer Balanting
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan
Universiti Tun Abdul Razak

7) Joeriana Binti Salleh
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan
Universiti Kebangsaan Malaysia

8) Norhafizahtulzakiah Bte Abdullah
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan
Universiti Utara Malaysia

Meletakkan jawatan:-

1) Norhayati Binti Hassan
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
Universiti Malaysia Sabah

2) Nursarifarinah Binti Asmuin
Ijazah Sarjana Muda (Sains) Bioteknologi
Universiti Malaysia Sarawak

Majlis Harga Barang Negara

LATAR BELAKANG MAJLIS HARGA BARANG NEGARA (MHBN)
JEMAAH MENTERI DALAM MESYUARAT PADA 9 JANUARI 2008 TELAH MELULUSKAN PENUBUHAN MAJLIS HARGA BARANG NEGARA (MHBN). LANGKAH INI DIAMBIL BERIKUTAN ISU KENAIKAN HARGA DAN MASALAH BEKALAN BARANGAN PERLU (ESSENTIAL GOODS) YANG MENJEJASKAN KEHIDUPAN KHUSUSNYA GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH.

OBJEKTIF PENUBUHAN MHBN IALAH UNTUK MELINDUNGI KEPENTINGAN RAKYAT DARIPADA KENAIKAN HARGA BARANGAN NEGARA YANG TIDAK MUNASABAH, MEMASTIKAN BEKALAN BARANGAN YANG MENCUKUPI DAN MEMBENDUNG KENAIKAN INFLASI BAGI PEMBANGUNAN EKONOMI YANG OPTIMUM.

MESYUARAT PERTAMA MHBN YANG DIADAKAN PADA 5 FEBRUARI 2008 TELAH BERSETUJU UNTUK MELAKSANAKAN ENAM INISIATIF UTAMA, ANTARANYA TERMASUK INISIATIF BAGI MENGUKUHKAN MEKANISME PEMANTAUAN HARGA KE ATAS BARANGAN PERLU MELALUI PENGAMBILAN SERAMAI 2,000 ORANG PEGAWAI PEMANTAU HARGA .